Sejarah

 

Sekolah Menengah Sains Selangor (SMSS) telah ditubuhkan pada 1 Januari 1973. Pada 1 November 1973 En. M. P. Prabakar telah ditugaskan sebagai pengetua untuk mentadbir SMSS. Beliau beribu pejabat di Sekolah Alam Shah. Bangunan yang ada sekarang telah siap dibina pada 7 Januari 1974 dengan perbelanjaan sebanyak RM 2.2 juta.
 
Pada 4 Februari 1974, seramai 120 orang pelajar baru melaporkan diri untuk belajar di Tingkatan Empat. Kehadiran semua pelajar adalah merupakan titik permulaan tertubuhnya Sekolah Menengah Sains Selangor. Pada 16 Februari 1988, seramai 91 orang pelajar Tingkatan Satu melaporkan diri sebagai pelajar Projek Khas Kementerian Pendidikan Malaysia.
 
Sekolah ini mula membuka  dua kelas aliran Sains Teknikal  bagi pelajar-pelajar Tingkatan 4 pada tahun 1996. Walau bagaimanapun terdapat tiga kelas aliran Sains Tulen masih dikekalkan .  SMSS juga adalah salah sebuah Sekolah Bestari di antara  88 buah  sekolah Bestari di Malaysia sejak tahun 1999. Pada tahun 2009, SMSS telah diberi pengiktirafan sebagai SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN Fasa 3. SMSS telah memilih tiga bidang kebitaraan iaitu ragbi , muzik dan Sains.  Dengan mengekalkan  yang cemerlang di dalam bidang Akademik dan Kokurikulum , SMSS seterusnya  diiktiraf  sebagai SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI pada 17 Februari 2011. 

 

Alih Bahasa

Administrator